Sukan SEA 2015: Dua emas bersejarah bagi pasukan kanu Singapura

Pasukan kanu Singapura menang bukan satu, tetapi dua pingat emas buat pertama kali dalam sejarah Sukan SEA ini melalui perlumbaan K1 and K2 1,000 meter.

Dalam K1, Lucas Teo menunjukkan kehandalannya dengan mengatasi pesaing utama dari Thailand, Wichan Jaitieng, untuk menang dengan catatan masa 3 minit 43.036 saat.

Jaitieng, yang menewaskan Teo di Sukan SEA 2011 Indonesia, terpaksa berpuas hati dengan pingat perak manakala gangsa dimenangi peserta Myanmar, Aung Myo Thu.

Singapura memenangi emas kedua acara itu apabila pasangan Brandon Ooi dan Bill Lee mencatatkan masa 3:26.002 bagi acara K2, mengatasi (3:28.645) dan Indonesia (3:30.091).

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 18
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.