Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA 2017: Perenang Singapura bolot kesemua emas acara relay

Aug 26, 2017 | 09:28 PM



KUALA LUMPUR: Perenang Singapura bolot semua emas yang ditawarkan acara relay di Sukan SEA 2017 selepas digelar juara acara medley relay 4x100 meter pada hari terakhir acara renang malam tadi.



Kuartet yang terdiri daripada Joseph Schooling, Quah Zheng Wen, Darren Lim dan Lionel Khoo telah mencatatkan masa 3 minit 37.46 saat dan meninggalkan pesaing terdekat mereka Indonesia jauh di belakang dalam acara yang diadakan di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.



Masa yang dicatatkan juga memecahkan rekod masa temasya yang sama dua tahun lalu.



Singapura telah memenangi keenam-enam emas yang ditawarkan acara relay pada dua Sukan SEA berturut-turut.



Selain itu, sasaran enam emas yang ditetapkan Schooling juga berjaya dicapai setelah mereka memungut emas bagi acara relay medley 4x100 itu.



Bertemu media selepas tamat perlumbaan itu, Schooling berkata:



"Ini perlumbaan yang baik bagi setiap seorang daripada kami, kami juga berjaya mencipta rekod baru bagi Singapura."



"Selama enam hari pertandingan ini, saya rasa kami telah menampilkan kerjasama pasukan yang amat baik."



Dalam acara 50 meter kuak bebas wanita pula, Amanda Lim berjaya merangkul emas Sukan SEA yang kelima berturut-turut yang juga merupakan emas ke-45 Singapura di Kuala Lumpur.



Quah Jing Wen pula memungut emas dalam acara wanita 100 meter kuak rama-rama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >