Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA 2017: Renang berirama pungut perak dan gangsa, kalah tipis dengan Malaysia

Aug 17, 2017 | 10:12 PM



KUALA LUMPUR: Sukan renang berirama sekali lagi membantu Singapura dalam misi memburu pingat selepas perenang negara Debbie Soh dan Miya Yong Hsing memenangi pingat perak dan gangsa masing-masing dalam acara renang berirama solo teknikal malam tadi.



Namun Soh, yang memenangi pingat emas dalam acara renang berirama solo bebas sebelum itu, terpaksa berpuas hati menyerahkan gelaran juara kepada Gan Hua Wei dari Malaysia yang memperolehi marjin kemenangan tipis 0.0133.



Soh mencatatkan 73.8253, manakala Gan memperoleh 73.8386, dan Yong Hsing pula mencatatkan 72.3769 di tempat ketiga.



Perenang tuan rumah seolah-olah 'membalas dendam' setelah gagal merebut gelaran juara dalam acara solo bebas manakala Soh dan rakan sepasukannya Miya Yong Hsing memperolehi emas dan gangsa masing-masing.



Dalam acara solo bebas yang berlangsung sebelum itu, Soh mencatatkan 75.0000, lebih 0.3 mata dari perenang Malaysia Zyalane Lee. Yong Hsing pula mencatatkan 73.0333.



Semasa ditemui selepas acara tersebut yang diadakan di Pusat Akuatik Nasional di Bukit Jalil, Soh berkata bahawa keputusan malam itu agak mengecewakan baginya.



"Saya rasa saya telah melakukan yang terbaik mungkin dalam pertandingan, oleh itu untuk kalah dengan hanya kurang 0.01 markah agak menyedihkan.



"Tetapi saya tahu saya telah melakukan sebaik mungkin dan saya tidak berasa kesal," katanya.



Beliau akui bahawa beliau telah melalui hari yang mencabar dari segi emosi.



"Saya rasakan hari ini seperti berlalu begitu lama, dan saya akan pulang dan berehat sebelum menilai persembahan saya tadi dan juga kesilapan yang dilakukan serta menyaksikan lagi persembahan pesaing," katanya.



Soh menambah bahawa 'roller coaster' emosi yang dilaluinya apabila berjaya memenangi pingat emas pertama lebih terasa berbanding apabila gagal mendapatkan emas.



"Ini merupakan kali pertama saya bertanding dalam acara solo renang berirama, tambahan lagi saya juga telah memenangi pingat emas yang pertama bagi Singapura," katanya.



Soh bakal bertanding dalam rutin duet teknikal acara renang berirama esok bersama Yong Hsing di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >