Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA 2017: Singa Muda akhiri perjalanan di Sukan SEA dengan kemenangan

Aug 23, 2017 | 11:32 PM



KUALA LUMPUR: Skuad Singa Muda menamatkan perjuangan mereka di temasya Sukan SEA 2017, dengan kemenangan 1-0 terhadap Brunei di Stadium Selayang malam tadi.



Gol tunggal perlawanan tersebut dijaringkan pemain pertahanan Brunei, Khalid Wasadisalleh, yang telah meletakkan bola di dalam gawangnya sendiri pada minit ke-75 selepas gagal mengawal hantaran lintang pemain bek kanan negara, Rusyaidi Salime.



Pasukan negara mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol dengan pemain midfield Hanafi Akbar menjadi pemain paling menyerlah dan berbahaya di tengah padang yang menyaksikan beliau mengatur segala serangan Singapura.



Pasangan adik beradik Irfan dan Ikhsan Fandi juga mempunyai peluang terbuka untuk melebarkan jurang, namun percubaan mereka berjaya diselamatkan penjaga gawang Brunei Ishyra Asmin.



Ishyra yang telah beraksi dengan cemerlang sepanjang perlawanan, akhirnya ditewaskan oleh rakan sepasukannya sendiri untuk gol kemenangan Singapura.



Kemenangan tersebut meletakkan Singapura di tangga ketiga Kumpulan A selepas empat perlawanan.



Mereka kecundang 2-0 di perlawanan pembukaan menentang Myanmar sebelum mengalami kekalahan 2-1 di atas tangan pasukan tuan rumah, Malaysia.



Keputusan yang mengecewakan itu tidak menjejas tahap konsentrasi para pemain bimbingan Richard Tardy.



Mereka kembali bangkit dengan persembahan yang memberangsangkan terhadap Laos dan berjaya menewaskan mereka 2-0.



Walau bagaimanapun, perjalanan mereka di temasya sukan dwitahunan rantau ini berakhir setelah Myanmar gagal menumpaskan Malaysia malam kelmarin (21 Ogos).



Ini sekali gus meranapkan impian pasukan bola sepak negara untuk merangkul emas pertama mereka di Sukan SEA sejak ia dimulakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >