Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA 2017: Singa tewaskan Laos 2-0

Aug 18, 2017 | 06:04 PM



KUALA LUMPUR: Skuad Singa Muda akhirnya berjaya mendapatkan kemenangan pertama mereka di kejohanan Sukan SEA 2017 selepas menumpaskan Laos 2-0 di Stadium Selayang sebentar tadi.



Kededua gol Singapura dijaringkan pemain midfield Mohamad Taufik Suparno dan penyerang Ikhsan Fandi di separuh masa pertama.



Sejak awal perlawanan, anak didik Richard Tardy telah menyebabkan beberapa masalah terhadap benteng pertahanan Laos yang akhirnya mengalah pada minit kedua.



Hantaran lintang dari Hanafi Akbar yang membuat penampilan pertamanya dalam kesebelasan utama, menemu Taufik yang sedang menanti di penjuru gawang Laos. Rembatannya gagal diselamatkan Paseuth Saymanolinh.



Sembilan minit kemudian, pasukan negara yang sering menguji pertahanan Laos mendapat peluang untuk melebarkan jurang setelah Ikhsan dikasari di dalam kotak penalti oleh pemain midfield Laos, Lounlasy Lathasay.



Ikhsan tidak mensia-siakan peluang tersebut untuk menyumbatkan gol kemenagan mereka.



Dengan kemenangan ini, Singapura kini menduduki tangga ketiga dalam Kumpulan A selepas tiga perlawanan di belakang Myanmar dan Malaysia.



Mereka akan bertemu Brunei pada 23 Ogos nanti dalam perlawanan akhir mereka di peringkat kumpulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >