Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA 2017: Singapura gagal mempertahankan emas bola jaring

Aug 20, 2017 | 04:20 PM



KUALA LUMPUR: Malaysia terpaksa bekerja keras untuk mengecewakan Singapura untuk memenangi pingat emas pada perlawanan akhir bola jaring pada temasya Sukan SEA ke-29 hari ini.



Skuad bola jaring Singapura gagal mempertahankan kejuaraan mereka selepas tewas di tangan pasukan tuan rumah 65-41 dalam final yang diadakan di Stadium Juara, Bukit Kiara tadi.



Musuh tradisi Malaysia seolah-olah berbalas dendam berjaya menawan kembali pingat emas yang gagal dipungut tahun lepas.



Pasukan Malaysia berjaya menjaringkan lima gol dalam masa lima minit pertama dan langsung mendahului Singapura jauh dan mengakhiri suku pertama dengan 20-7.



Malaysia menjarakkan lagi kedudukan dengan menambah 16 lagi jaringan manakala Singapura hanya mampu menjaringkan lima lagi gol dan mengakhiri suku kedua dengan 36-12.



Singapura kembali bangkit dalam suku ketiga dengan menambah sebanyak 16 gol manakala Malaysia hanya menambah 15 jaringan.



Namun Malaysia masih lagi mendahului dengan suku ketiga dengan jarak yang jauh iaitu dengan 51-28.



Permainan Malaysia bertambah agresif namun anak didik Yeo Mee Hong tidak berputus asa dan bekerja keras untuk menjaringkan 13 gol.



Singapura terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >