Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA 2017: Singapura kuasai tenis meja beregu lelaki dan wanita

Aug 20, 2017 | 09:54 PM



KUALA LUMPUR: Singapura menguasai kededua peringkat akhir tenis meja beregu lelaki dan perempuan dalam temasya Sukan SEA ke-29 malam tadi dan menambah dua lagi emas dan dua perak untuk Singapura.



Pasangan Feng Tian Wei dan Yu Mengyu telah menewaskan Zhou Yihan dan Lin Ye 3-2 (11-8, 11-9, 11-13, 9-11, 11-6).



Dalam perlawanan regu lelaki pula,pasangan Pang Xue Jie dan Gao Ning menewaskan Ethan Poh dan Clarence Chew 3-1 (11-4, 11-9, 7-11, 11-6).



Zhou dan Lin serta Poh dan Chew memenangi pingat perak masing-masing.



Semasa ditemui selepas perlawanan, Feng berkata:



"Saya gembira dengan kemenangan ini dan ia merupakan satu pencapaian yang baik bagi saya."



Namun sebelum itu, Singapura gagal meraih emas dalam acara tenis meja regu campuran setelah pasangan Pang Xue Jie dan Yu Mengyu ditewaskan gandingan Thailand Padasak Tanviriyavechakul dan Suthasni Sawettabut.



Thailand menundukkan Singapura 3-1 (7-11, 11-9, 11-6, 11-8) dan Pang dan Yu terpaksa berpuas hati dengan perak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >