Sukan SEA: Aksi hari keempat bermula dengan memperingati yang pergi

SUKAN penting, tetapi nyawa manusia mengatasi nilai pingat atau rekod yang diburu.

Hari keempat Sukan SEA ke-28 dimulakan dengan upacara tafakur seminit di setiap gelanggang atau garisan permulaan bagi memperingati dan menghormati nyawa yang diragut gempa Bumi di Kota Kinabalu - pada Hari Peringatan Negara.

Enam murid Sekolah Rendah Tanjong Katong dan guru mereka Encik Sebastien Terence Loo, serta pemandu mendaki Encik Muhammad Daanish Amran terkorban, dengan lagi dua warga - guru Encik Mohammad Ghazi Mohamed, 35 tahun dan murid Navdeep Singh Jaryal Raj Kumar, 13 tahun - masih belum ditemui.

Keadaan lebih suram di Singapore Expo di mana skuad sepak takraw nasional beraksi menentang Indonesia pagi 8 Jun. Upacara bertafakur selama seminit yang disertai pemain sepak takraw itu bak lebih bermakna.

Rakan sepasukan mereka Muhammad Azreen Sairudin kini cedera parah dan terlantar di hospital, sementara adiknya Aqil Sairudin telah meninggal dunia selepas kededuanya terlibat dalam kemalangan motosikal pada dini hari 7 Jun.

Menurut penganjur Sukan SEA, upacara tafakur sempena Hari Peringatan Negara ini bertujuan memperingati dan memberi penghormatan kepada insan yang terkorban, sementara berdoa bagi insan yang masih belum ditemui.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 64
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.