Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan SEA: Dua beradik buru emas silat pertama S'pura

Jun 12, 2015 | 09:53 PM



PERJUANGAN untuk memenangi pingat emas pertama bagi acara silat berterusan apabila dua beradik Sheik Ferdous Sheik Alau'ddin dan Sheik Farhan Sheik Alau'ddin menang dalam perlawanan masing-masing.


Sheik Ferdous, 19 tahun, yang bertanding dalam kelas tanding E (65-70kg) menewaskan peserta Thailand, Kuibrohem Kubaha, 18 tahun, dengan keputusan 5-0.


Adiknya pula, Sheik Farhan, 17 tahun, yang bertanding dalam kelas tanding E (80-85kg) muncul pemenang selepas menewaskan peserta Vietnam dengan kemenangan tipis 3-2.


Namun, perjuangan mereka tidak semudah yang disangkakan.


Sheik Ferdous hampir pengsan selepas Kuibrohem memberi tumbukan di lehernya yang menyebabkan beliau terlantar di gelanggang beberapa minit di pusingan pertama.


Sheik Farhan pula menang tipis apabila panel juri terpaksa membincangkan keputusan beliau selepas tamat pusingan ketiga.


Duy dan jurulatihnya kelihatan tidak puas hati selepas Sheik Farhan diumumkan juara bagi perlawanan itu.


Dengan keputusan itu, dua beradik itu mara ke peringkat separuh akhir yang akan berlangsung di Dewan 2 Singapore Expo esok.


Sementara itu, Nurul Suhaila Mohamed Saiful mencatatkan kemenangan 5-0 ke atas pesilat Thailand, Supparat Keawkaew manakala rakannya Abdul Raaziq Abdul Rashid tumpas 0-5 kepada Porntab Poolkaew dari Thailand.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >