Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan SEA: Filipina menang tiga emas hari pertama

Jun 10, 2015 | 10:21 AM



FILIPINA menguasai acara trek dan balapan pada hari pertama acara tersebut dengan menggondol tiga pingat emas di Stadium Negara semalam.


Eric Shauwn Cray dan Kayla Anise Richardson masing-masing dinobat sebagai raja dan ratu pecut terbaru Asia Tenggara selepas memenangi final 100 meter lelaki dan wanita.


Pelari pecut negara, Veronica Shanti Pereira, memenangi pingat gangsa dalam final 100 meter wanita sementara Calvin Kang dan Muhammad Amirudin Jamal menduduki tempat keempat dan keenam, dengan Calvin mencatat masa terbaik peribadi.


Awal dari itu pada sebelah pagi, peserta Filipina, John Christian Stuart, memecahkan rekod Sukan SEA acara lempar tukul besi dengan lemparan sejauh 65.63 meter untuk memenangi pingat emas.


Tantipong Phetchaiya dari Thailand (62.12) dan Jackie Wong dari Malaysia (61.18) memenangi perak dan gangsa.


Mingkamon Koomphon dari Thailand turut memecahkan rekod Sukan SEA dalam bahagian wanita dengan lemparan sejauh 56.57 meter. Pingat perak dimenangi peserta Thailand juga, Panwat Gimsrang (55.47) sementara gangsa dimenangi peserta Malaysia, Kelly Lee (53.80).


Dalam acara 5000 meter lelaki, peserta Vietnam, Nguyen Van Lai, menang emas dengan mencatatkan satu lagi rekod baru Sukan SEA, iaitu 14 minit 04.82 saat. Perak dimenangi peserta Indonesia, Agus Prayogo (14:15.14) sementara gangsa dimenangi oleh peserta Thailand, Sanchai Namkhet (14:40.59).


Pelari wanita Indonesia memenangi emas dan perak acara 5000 meter. Triyaningsih menang emas dengan masa 16:18.06 sementara Rini Budiarti menang perak (16:30.85). Gangsa dimenangi peserta Myanmar, Thet Phyu War (16:54.71).


Acara lompat bergalah juga menyaksikan rekod baru Sukan SEA apabila peserta Thai, Purahong Porranot melompat setinggi 5.30 meter.


Ernest John Obiena dari Filipina (5.25m) )menang perak sementara Iskandar Alwi memenangi gangsa (5.05m).


Malaysia memenangi emas pertama acara trek dan balapan melalui Muhammad Hakimi Ismail yang turut mencatatkan rekod baru acara lompat kijang. Beliau melompat sejauh 16.76 meter, mengalahkan Kongnil Varunyoo (16.20m) dari Thailand yang menang perak dan Nguyen Van Hung (15.92m) dari Vietnam yang menang gangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >