Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA HANOI

S'pura terlepas peluang dapat pingat awal

May 09, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA terlepas peluang untuk mendapatkan pingat pertama Sukan SEA dalam satu acara terjun yang berlangsung lebih awal semalam.



Peserta Singapura, Fong Kay Yian, hanya mampu menamatkan acara terjun indah wanita 1 meter papan anjal (women 1M springboard) di tempat kelima antara lapan peserta yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara My Dinh, Vietnam, semalam.



Fong, yang pernah memenangi pingat emas dalam Sukan SEA di Kuala Lumpur pada 2017, mencatatkan 204.25 mata daripada lima pusingan terjun.



"Saya hanya ingin membuat terbaik dan acara ini jugalah adalah kali pertama saya beraksi dalam Sukan SEA, meskipun acara ini bukanlah acara kegemaran saya," ujar Fong semasa ditemui wartawan di akhir acaranya itu tadi.



Fong juga berkata beliau mampu membuat lebih baik berbanding percubaanya di acaranya itu.



"Saya rasa masih ada ruang untuk perbaiki percubaan terjun saya. Sememangnya saya gementar dalam acara pertama tetapi juga ghairah.



"Oleh itu, dalam dua acara lain nanti saya berharap dapat lebih menikmati pengalaman (di sini)," katanya yang akan beraksi dalam acara terjun irama wanita 3 meter (women 3M synchronised platform) hari ini dan acara terjun indah wanita 3 meter papan anjal esok.



Seorang lagi peserta Singapura, Mira Dewan, pula menamatkan acara itu di tempat keenam dengan mengumpulkan 181.65 mata.



Malaysia menamatkan saingan acara itu dengan emas dan perak melalui Nur Dhabitah Sabri, 22 tahun, dan Kimberly Bong Qian Ping



Dhabitah, terbukti terlalu handal dengan mencatatkan 290.45 mata, meninggajlkan para pesaing lain jauh di belakang. Rakan sepasukan Kimberly pula mencatakan 230 mata.



Pingat gangsa dimiliki tuan rumah Vietnam melalui Ngo Phuong Mai dengan 224 mata.



Acara terjun indah ini secara tradisi merupakan kekuatan kontinjen Malaysia yang menyapu bersih empat emas di Sukan SEA Filipina 2019.



Dalam temasya Sukan itu, Singapura hanya mampu satu pingat perak dan dua pingat gangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >