Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan SEA: Kemenangan pertama pasukan takraw S'pura

Jun 12, 2015 | 10:04 PM



PASUKAN regu sepak takraw Singapura menewaskan Laos 2-1 di Dewan 1 Expo tadi.


Walaupun tewas kepada Thailand bagi perlawanan peringkat separuh akhir kelmarin, pemain Singapura Muhammad A'fif Safiee, Muhammid Yassin Suhaimi dan Mohammad Farhan Amran menghadapi Laos dengan penuh yakin dan akhirnya berjaya menewaskan negara tersebut.


Bagi perlawanan pertama, Singapura menang 21-12 tetapi dalam perlawanan kedua Laos memperbaiki perlawanan dan berjaya menewaskan Singapura 21-17.


Namun, Singapura mendahalui Laos 21-11 dalam perlawanan ketiga sekaligus menewaskan Laos 2-1 secara keseluruhan.


Jurulatih, Padzli Othman berkata: "Laos memang pasukan yang bagus dan kami gembira dapat menewaskan mereka.


"Saya memang sudah jangkakan bahawa kita akan menang dan ia akan menjadi sebuah perlawanan yang sengit.


"Saya boleh lihat Laos memperbaiki cara perlawanan mereka bagi perlawanan kedua, itulah mengapa mereka berjaya menewaskan mereka, namun kini kita harus memberi tumpuan untuk memenangi pingat perak bagi perlawanan bersama Filipin esok," ujarnya.


Ketua pasukan, Mohd Nasri Haron berkata: "Walaupun kami menang kali ini, pemain-pemain harus memberi lebih daripada apa yang diberikan hari ini untuk perlawanan mereka bersama Filipin kerana mereka akan berlawan untuk pingat perak."


Singapura akan menghadapi Filipina esok pada tiga petang di Dewan 1 Expo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >