Sukan SEA: Sasaran dua emas berkecai bagi pesilat negara; hanya Nur Alfian mara ke final

SASARAN dua emas yang ditetapkan bagi pasukan silat nasional di Sukan Asia Tenggara (SEA) kini di luar jangkauannya, selepas empat daripada lima pesilat negara tumbang di peringkat separuh akhir pada 13 Jun.

Hanya Muhammad Nur Alfian Juma'en mara ke final, selepas beliau menewaskan pesilat Malaysia Khalid Mohd Fauzi 3-2 dalam acara Kelas F (65-70kg); dengan perlawanan berkesudahan penuh drama; selepas Khalid melontar 'vest' dan bergegas meninggalkan gelanggang kerana kurang berpuas hati dengan keputusan pengadil.

Juara dunia Sheik Farhan Sheik Alau'ddin, 17 tahun tewas 5-0 kepada pesilat Malaysia Muhammad Robial Sobri dalam Kelas H (80-85kg); dengan abangnya, Sheik Ferdous Sheik Alau'ddin turut menerima nasib yang sama dalam Kelas E (60-70kg).

Sementara itu, dua wakil pesilat perempuan di separuh akhir Nur Shafiqa Sheik Alau'ddin (Kelas B) dan Nurul Suhaila Mohamed Saiful (Kelas C) juga tewas dalam perlawanan masing-masing.

Setakat ini, pesilat negara telah memenangi satu perak dan enam gangsa - termasuk empat gangsa yang dimenangi oleh pesilat yang tumbang di separuh akhir tadi.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 30
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.