Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan SEA: Satu perak, dua gangsa bagi pasukan silat Team SG di akhir acara seni

Jun 10, 2015 | 09:52 PM



MATLAMAT dua emas yang ditetapkan oleh Persekutuan Silat Singapura (Persisi) di Sukan Asia Tenggara (SEA) masih dalam jangkauan, tetapi emas itu tidak akan muncul dari acara seni.


Malam Rabu, pesilat nasional meraih tempat di podium bagi kesemua tiga acara seni yang ditawarkan di Singapore Expo.


Pemenang terbesar ialah regu puteri yang melebihi jangkaan bagi meraih perak.


Regu puteri yang dibentuk Nur Shafiqa Sheik Alau'ddin, Nurul Khairunnisa Azlani dan Nur Fazlin Juma'en - mencatat 461 mata bagi menjamin tempat kedua, di belakang regu Indonesia yang mengutip 466 mata.


Regu Vietnam turut mencatat 461 mata, tetapi penilaian oleh pengadil menunjukkan Singapura mengutip 293 mata teknikal, berbanding 291 oleh Vietnam.


Menurut Nur Shafiqa, kemenangan itu adalah sesuatu yang amat membanggakannya.


"Kami begitu gembira, kerana akhirnya mendapat pingat," kata Nur Shafiqa yang bersama rakan sepasukan pernah kecewa dalam 2011 kerana terlepas kutip gangsa.


Sementara itu, Muhammad Iqbal Abdul Rahman mengakhiri 'kemarau' pingat dari 2011 apabila beliau memenangi pingat gangsa dalam acara tunggal putera. Walau bukan berwarna emas seperti yang dijangka, ia tetap hadiah hari lahir istimewa buat Iqbal yang menjangkau usia 22 tahun bulan depan.


Pingat gangsa terakhir dimenangi pasangan ganda putera Muhammad Shakir Juanda dan Sheik Ferdous Sheik Alau'ddin.


Pertandingan pencak silat kini beralih ke acara tanding yang berlangsung dari 11-14 Jun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >