REKOD 50 pingat emas yang dimenangi Singapura dalam 1993 dijangka jatuh malam 9 Jun selepas Tao Li memenangi pingat emas ke-50 bagi Team SG.
Ratu renang pecut itu memenangi acara kuak lentang 100 meter dalam masa 1 minit 2.67 saat (1:02.67)
Singapura berpeluang memenangi beberapa lagi pingat emas dalam lagi tiga acara renang - 400 meter medley individu lelaki, 200 meter gaya bebas wanita dan 4x1mm gaya bebas berganti-ganti lelaki; selain acara lain di serata pulau.