Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA VIETNAM

5 dijangka bersinar

Ribuan pesaing kini berhimpun di ibu kota Vietnam, Hanoi, bagi Sukan SEA selepas edisi ke-31 temasya sukan dwitahunan itu tertunda selama enam bulan dek pandemik Covid-19. BERITA HARIAN menyenaraikan lima atlet yang dijangka bersinar di pentas di temasya sukan Asia Tenggara itu, yang berlangsung sejak Khamis lalu.
May 17, 2022 | 05:30 AM



1. PANIPAK WONGPATTANAKIT (Thailand)



ATLET taekwondo wanita nombor satu dunia dalam kategori 49kg, Panipak merupakan satu-satunya pemenang pingat emas Thailand dalam Sukan Olimpik Tokyo musim panas lalu dan juga juara dunia dua kali.



Digelar "Tenis" oleh ibu bapanya, yang memberi nama panggilan kepada anak-anak mereka untuk menyemarakkan minat dalam sukan, beliau sebaliknya cemerlang dalam sukan seni mempertahankan diri Korea Selatan itu.



Atlet berusia 24 tahun itu, yang disukai ramai peminat sukan Thailand, dimasukkan ke hospital akibat dijangkiti Covid-19 pada awal April lalu tetapi masih dijangka memimpin kejayaan negaranya di Hanoi.



2. HIDILYN DIAZ (Filipina)



ATLET angkat berat Diaz mencipta sejarah dengan memenangi kelas 55kg wanita di Tokyo, iaitu pingat emas Sukan Olimpik pertama Filipina dalam hampir 100 tahun negara itu bertanding di temasya sukan besar tersebut.



Terkandas selama hampir 18 bulan di Malaysia semasa pandemik Covid-19, atlet berusia 31 tahun itu terpaksa berlatih di gimnasium kampung di luar bandar sebelum beraksi cemerlang di temasya sukan Tokyo.



Seorang sarjan kakitangan di Tentera Udara Filipina, beliau segera menjadi wira negara.



Beliau juga dikenali meraikan kemengannya dengan menikmati kek keju dan 'bubble tea'.



3. JOSEPH SCHOOLING (Singapura)



BINTANG renang Singapura menjadi terkenal selepas memenangi acara kupu-kupu 100 meter di Sukan Olimpik Rio 2016, iaitu satu-satunya emas Singapura dalam sejarah temasya sukan itu.



Schooling, 26 tahun, telah meraih lebih dua dozen pingat emas di Sukan SEA, selain tiga pingat emas Sukan Asia.



Tahun 2021 yang berliku menyaksikan beliau gagal mempertahankan kejuaraannya di Tokyo dan tidak melepasi pusingan saingan.



Prestasi itu dan kewajipannya untuk menjalani Perkhidmatan Negara meninggalkan tanda tanya mengenai arah tuju kerjaya Schooling.



4. ERNEST JOHN OBIENA (Filipina)



ATLET lompat bergalah Obiena, 26 tahun, adalah antara bintang atletik terkemuka di rantau ini.



Warga Filipina itu mencipta rekod Asia apabila melepasi 5.93 meter dalam satu pertandingan tahun lalu.



Beliau juga merupakan juara bertahan Sukan SEA dan akan menjadi pembawa bendera Filipina di ibu kota Vietnam.



Mengikut jejak langkah bapanya, Obiena bergiat dalam sukan itu pada usia lapan tahun. Beliau menduduki tangga ketujuh lompat bergalah lelaki dunia.



5. VU THANH AN (Vietnam) 



VU, 29 tahun, membuka lembaran baru dalam sejarah lawan pedang Vietnam, selepas berjaya memenangi pingat gangsa di Kejohanan Asia dan kemudian bertanding dalam Sukan Olimpik Rio pada 2016.



Beliau juga adalah pelawan pedang nombor satu Asia Tenggara, dengan lima pingat emas sudah digenggam daripada tiga edisi berturut-turut Sukan SEA pada 2015 hingga 2019.



Vu dijangka menguasai saingan ketika beraksi di depan penyokong sendiri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >