WANITA Singapura menyapu bersih ketiga-tiga pingat emas acara kanu di Marina Channel pagi tadi.
Dalam kelas K1, Stephenie Chen memenangi emas acara 500 meter dengan masa satu minit 55.531 saat untuk mengalahkan Erni Sokoy (1:59.986) dari Indonesia and peserta Vietnam Vu Thi Linh (2:03.644).
Pasukan negara juga memenangi emas acara 500 meter K4 melalui Geraldine Lee, Soh Sze Ying, Annabelle Ng dan Sarah Chen yang mencatatkan masa 1:39.506. Thailand (1:41.586) dan Vietnam (1:44.419) memenangi pingat perak dan gangsa.
Chen kemudian berganding dengan Suzanne Seah untuk memenangi pingat emas acara 500 meter K2 dalam masa 1:45.951. Thailand (1:46.571) memenangi perak sementara Indonesia (1:49.921) memenangi gangsa.