Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sumbangan Albirex diiktiraf Anugerah Semangat Kemasyarakatan Persatuan Rakyat

Aug 25, 2015 | 06:21 PM



SEKALIPUN menumpukan segala tenaga kepada perjuangannya dalam Liga-S, kelab asal Jepun, Albirex Niigata FC, tidak 'melupakan' masyarakat di sekelilingnya.


Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatanganinya dengan Kelab Sukan Masyarakat (CSC) Yuhua sejak 2013 menyaksikan kelab bola sepak import itu menyalurkan dana bagi pembentukan Akademi Bola Sepak Albirex Yuhua (Yafa) yang menjadi platform bagi kanak-kanak di kawasan itu menimba kecekapan dan nilai-nilai murni kehidupan melalui sukan itu.


Inisiatif itu melihat Albirex mendermakan $1 bagi setiap penyokong yang menghadiri perlawanannya di padang sendiri - Stadium Jurong East - sepanjang musim Liga-S.


Keseluruhannya, $17,395 dikumpulkan pada 2014 (15 perlawanan) manakala $19,386 terkumpul pada 2013 (16 perlawanan) yang disalurkan kepada Yafa.


Justeru, bagi menghargai segala sumbangannya itu, Albirex menerima Anugerah Semangat Kemasyarakatan Persatuan Rakyat (PA) sempena majlis Makan Malam Hari Kebangsaan Yuhua pada Sabtu lalu.


"Memang Albirex berharap tampil sebagai tiang masyarakat bagi membangunkan budaya bersukan di Singapura.


"Adalah penting bagi kami memperkenalkan 'Sistem Aliran Sukan Masyarakat' yang dapat mewujudkan hubungan erat antara masyarakat dengan sukan.


"Kami bangga dengan anugerah ini yang mengiktiraf sumbangan kami yang melebihi arena sukan," ujar pengerusi kelab, Daisuke Korenaga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >