BOLA SEPAK TEMPATAN

Sundram: Pengalaman baik bagi Singa walau tewas

BAGI perlawanan kedua berturut-turut, anak didik V. Sundramoorthy gagal menemui sasaran, walau merintis lebih banyak peluang jaringan daripada lawan.

Seperti dalam perlawanan persahabatan dengan Malaysia minggu lalu, pasukan Singapura telah mensesiakan beberapa peluang gol yang dicipta dan akhirnya kecundang 2-0 kepada pasukan tuan rumah Hongkong di Stadium Mongkok di Kowloon.

Kegagalan pemain Singa menjaringkan gol mencetus keprihatinan, lima minggu sebelum Piala AFF Suzuki bermula di Filipina dan Myanmar.

Pasukan Singa kini gagal menemui sasaran selepas 233 minit perlawanan. Gol terakhir dijaringkan pemain serba boleh Safuwan Baharudin di Riffa, Bahrain, pada 1 September. Singapura tewas 1-3 kepada pasukan tuan tumah dalam perlawanan persahabatan itu.

Walau statistik tidak menyebelahi pasukannya, Sundram tetap berkata pengalaman ini adalah 'ujian baik' bagi pasukannya menjelang Piala AFF Suzuki bulan depan.

"Kededua pasukan berpeluang menjaringkan gol. Bezanya, Hongkong memanfaatkan peluang yang dicipta, sementara kami tidak," ujar Sundram bercakap dengan The New Paper.

"Ia adalah persiapan baik bagi Piala AFF Suzuki apabila kami juga akan beraksi di luar negara," katanya.

Walau dikenali sebagai juru strategi yang mengutamakan bahagian pertahanan pasukannya, Sundram menurunkan dua penyerang bagi perlawanan ini.

Menyarung jersi nasional buat kali pertama, Irfan Fandi, 19 tahun, anak legenda bola sepak Fandi Ahmad, digandingkan dengan penyerang mapan Khairul Amri.

Penyertaan Irfan - yang beraksi sekitar sejam sebelum digantikan - antara enam perubahan kepada pasukan yang diikat 0-0 oleh Malaysia minggu lalu.

Di bawah pimpinan Sundram, Singa tewas empat, seri satu dan menang satu perlawanan 'A' antarabangsa.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 58
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 2,956.130 -2.730