KEPUTUSANNYA bukanlah meyakinkan. Kemenangan juga diperolehi bukan dengan permainan cantik.
Tetapi sekurang-kurangnya skuad bola sepak nasional pimpinan jurulatih V. Sundramoorthy akan memulakan cabaran Piala Suzuki AFF - menentang pasukan tuan rumah, Filipina, Sabtu ini - dengan suntikan penuh harapan menyusuli kemenangan 1-0 ke atas Kemboja di Stadium Bishan malam kelmarin.