PERLUMBAAN paling gah di Singapura bermula malam ini, berlatarbelakangkan bukan pemandangan kota Singa yang menawan sahaja, malah drama perubahan undang-undang perhubungan radio pasukan yang mengundang tengkarah.
Walaupun pemandu Mercedes, Nico Rosberg dan Lewis Hamilton - dua pendahulu ranking pemandu - menjadi pilihan ramai untuk memenangi perlumbaan ini, kewujudan beberapa bekas juara di litar Marina Bay menjadikan nama juara perlumbaan malam ini sukar ditentukan.