TANPA menghiraukan manik-manik peluh yang jatuh berderai dari dahinya ke lantai simen, pengurus perhubungan dan pemasaran Nurulhuda Izyan Mohamad Hafiz giat menumbuk-numbuk udara sambil mengayunkan tubuhnya dari kanan ke kiri.
Setelah tiga bulan berlatih di gimnasium Sekolah Tinju Kadir, Nurulhuda, 24 tahun, yang merupakan seorang daripada dua anggota perempuan sekolah itu tidak lagi berasa janggal bersenam dalam kalangan petinju lelaki.