FORTALEZA (Brazil): Brazil menerima tamparan hebat dalam usaha melangkah ke final Piala Dunia di tanah air sendiri apabila superstarnya, Neymar, mengalami retak tulang belakang dan tidak dapat beraksi menentang Jerman dalam peringkat separuh akhir temasya kali ini.
Memburukkan keadaan, kapten dan tunggak pertahanan, Thiago Silva, juga tidak dapat diturunkan dalam perlawanan yang dinanti-nantikan menentang musuh ketat Jerman itu kerana digantung satu perlawanan menentang Colombia pagi semalam.