Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tampines atasi cabaran Courts Young Lions

ISMAIL ALI
Mar 02, 2014 | 12:39 PM



PENGALAMAN dan ketajaman di depan gawang membolehkan juara bertahan Liga-S Great Eastern-Yeo's, Tampines Rovers FC, menepis cabaran pemain muda Courts Young Lions 3-2 dalam satu perlawanan di Stadium Clementi malam tadi.


Meskipun Courts Young Lions memulakan permainan dengan lebih bersemangat dan membuka jaringan seawal minit kedua menerusi Mohd Iqbal Hamid Hussain, Tampines menyamakan kedudukan menerusi pemain bertaraf bintang yang baru dibeli, Miljan Mrdakovic, pada minit ke-21 sebelum penyerang veteran Aleksandar Duric menjadikan kedudukan 2-1 dua minit sebelum permainan separuh masa pertama ditamatkan.


Anak didik Aide Iskandar, bagaimanapun, mempamerkan kelincahan dan semangat untuk memburu gol penyamaan dan usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke-63 apabila Sherif Al-Masri menjaringkan gol yang diharapkan.


Kededua pasukan kemudian saling berbalas serangan untuk mencari gol kemenangan tetapi pengalaman dan ketajaman di depan gol memberi kelebihan kepada Tampines.


Hasil satu gerakan dari midfield, Mrdakovic membuktikan mengapa beliau begitu dihargai oleh Tampines apabila menewaskan dua pemain bek lawan sebelum melepaskan rembatan kencang dari sebelah kiri yang tidak diselamatkan penjaga gawang Rudy Khairullah.


Dalam satu lagi perlawanan semalam, naib juara Liga-S Great Eastern Yeo's musim lalu, Home United FC, mempamerkan kehebatan apabila menewaskan Geylang International FC 4-1 di Stadium Bishan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >