Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA AFC

Tampines diikat Ceres 1-1 di JBS, kekal tempat di puncak Kumpulan E

Tampines dahului Kumpulan E dengan tujuh mata, satu mata di atas Ceres di tangga kedua.
Mar 15, 2016 | 09:22 PM



KEMENANGAN dan tiga mata dirampas dari genggamannya tiga minit sebelum wisel penamat, tetapi Tampines Rovers tetap memelihara tempatnya di puncak Kumpulan E selepas diikat kelab Filipina Ceres La Salle FC 1-1 dalam perlawanan Piala AFC di Stadium Jalan Besar pada 15 Mac.



Pemain bek nasional, Hafiz Abu Sujad menjaringkan gol pertama perlawanan - gol kedua peribadi dalam pertandingan ini - pada minit ke-68, sebelum Adrian Gallardo mengambil kesempatn kecuain di barisan pertahanan pasukan tuan rumah bagi menyamakan kedudukan pada minit ke-87.



Jurulatih Ceres Franklin V. Muescan pihak yang lebih gembira di sidang media selepas perlawanan.



"Kami ke Singapura dengan harapan mendapat satu mata. Kami yakin dapat meraih tiga mata pada perlawanan timbal balas di tempat sendiri bulan depan," kata Muescan.



Kededua gol yang muncul pada babak kedua cerminanan perlawanan yang hanya merancak dalam 45 minit kedua.



V. Sundramoorthy akur berasa kecewa kerana membenarkan Ceres menjaringkan gol penyamaan di penghujung perlawanan.



"Gol itu boleh dielakkan... kami jugak tidak berjaya memasukkan satu lagi pemain pertahanan sebelum gol itu dijaringkan," kata Sundramoorthy.



"Bukan perasaan yang baik mencicir mata di tempat sendiri."



Angin kencang yang mengundang wisel permulaan bak melenakan kededua pasukan yang memulakan perlawanan dengan hambar, disaksikan 2,241 penonton.



Malah, penjaga gawang kededua pasukan tidak diuji sehingga minit ke-27, apabila Jermaine Pennant memaksa Louie Michael Casas menyelamatkan secara akrobatik percubaannya hasil tendangan percuma selepas Yasir Hanapi dikasari.



V. Sundramoorthy menurunkan kesebelasan utama yang dibentuk dengan niat melakukan serangan balas, dengan dua pemain bek kiri dan kanan Hafiz Abu Sujad dan kapten Ismadi Mukhtar diberi 'lesen' mengatur serangan dari sayap.



Strategi 'mengundang' lawan menyerang ini bermakna Billy Mehmet sering keseorangan di barisan depan, dengan Jordan Webb dan Pennant bergelut mencipta peluang gol untuknya dari sayap.



Ketiadaan Izzdin Shafiq di midfield juga membenarkan pasukan pelawat menguasai ruang itu, dengan Paul Mulders dan Martin Steuble cuba mengawal rentak permainan bagi Ceres.



Perlawanan menjadi 'hangat' selepas setengah jam permainan, sejurus selepas Shakir Hamzah menerima kad kuning kerana mengasari Adrian Gallardo.



Pemain itu itu mengejar dan bersemuka dengan pemain pertahanan nasional itu, sebelum rebah secara dramatik apabila dahi Shakir menyentuh dahinya. Mujurlah pengadil Ho Wai Sing dari Hongkong tenang dan tidak mengeluarkan sebarang kad untuk sebarang pemain.



Ceres hampir membuka tirai jaringan dalam masa kecederaan separuh masa pertama, apabila Izwan menumbuk liar tendangan sudut dari sayap kanan, tetapi beliau berjaya mendakap bola selepas rakan sepasukan mengadang beberapa percubaan pemain Ceres.



Kededua pasukan memulakan babak kedua dengan tempo lebih tinggi bagi memburu gol pertama, dengan Gallardo hampir menemui sasaran pada minit ke-48.



Pennant mula bergerak di ruang antara midfield dan penyerang tunggal Mehmet, sesuatu perubahan yang hampir meraih hasl pada minit ke-52. Hantaran Pennant melepaskan Hafiz di sayap kiri yang menemui Mehmet dengan hantaran rendah, tetapi percubaannya berjaya diadang oleh Casas.



Bek tengah, Afiq Yunos yang cemerlang membendung Gallardo sepanjang perlawanan hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-65. Pemain tinggi lampai itu mencuri bola dari pemain lawan sebelum melepaskan rembatan voli separa yang ditepis keluar oleh Casas.



Selang tiga minit, Tampines telah mendapat gol pertama yang dicari-cari. Mehmet meloloskan Webb di sayap kanan yang menghantar bola silang cantik ke tengah petak penalti. Hafiz yang selangkah lebih pantas daripada Son Yong Chan berjaya menyentuh bola itu dan memperdayakan Casas.



Namun keriangan Tampines pudar di penghujung perlawanan, apabila Gallardo memperdaya Izwan dengan percubaan leret selepas bola lolos di tengah petak penalti.



Kededua pasukan bertemu sekali lagi dalam perlawanan seterusnya pada 12 April di Bacalod City, Filipina nanti.



 



TAMPINES: Izwan Mahbud (penjaga gawang), Ismadi Mukhtar(kapten), Noh Rahman, Shahdan Sulaiman, Jermaine Pennant, Shakir Hamzah, Yasir Hanapi (Izzdin Shafiq, min ke-78), Afiq Yunos, Hafiz Abu Sujad, Jordan Webb, Billy Mehmet.



CERES: Louie Michael Casas (penjaga gawang) , Son Yong Chan, Juan Guirado, Bienvenido Maraa On, Manuel Ott, Adrian Gallardo, Paul Mulders (Janver Angeles, min ke-65), Martin Steuble, Kim Sang Min (kapten), Jeffrey Christianens (Stephan Markus Schrock, min ke-82), Patrick Alcala Reichelt.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >