Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA-S GREAT EASTERN-YEO'S

Tampines raih kemenangan pertama, benam Hougang 4-1

Feb 26, 2016 | 09:37 PM



Tampines Rovers 4


Hougang United 1


GOL pertama di Singapura masih belum diraih, tetapi Jermaine Pennant tetap memain peranan tunggak, membantu Tampines Rovers mencatat kemenangan pertama dengan menewaskan Hougang United 4-1 di Stadium Jurong West dalam Liga S Great Eastern-Yeo's pada 26 Februari.


Disaksikan sekitar 2,000 penonton, anak didik V. Sundramoorthy tidak perlu menanti lama bagi membuka tirai jaringan. Shahdan Sulaiman menemui sasaran pada minit ke-tujuh, menerusi voli separa, selepas hantaran Jordan Webb hasil umpanan cantik Pennant hanya dipintas lemah oleh pertahanan Hougang.


Selang tiga minit, pemain bek kanan Ismadi Mukhtar menggandakan jaringan dengan rembatan bak peluru yang menerobos masuk ke penjuru kanan. Gol ketiga muncul pada minit ke-18, hasil gerakan cantik yang disudahkan Mustafic Fahrudin dengan tandukan kencang yang menewaskan penjaga gawang Kharulhin Khalid


Walau Tampines menguasai jaringan, Hougang tetap merintis beberapa peluang gol baik. Nazrul Nazari menguji Izwan Mahbud di awal permainan, tetapi percubaannya terlalu lemah, sementara tandukan Stipe Plazibat berjaya diselamatkan Izwan Mahbud.


Namun penjaga gawang nasional itu tidak berdaya menyelamatkan percubaan kemas Plazibat pada minit ke-25 dan penyerang dari Croatia itu menjaringkan gol kedua dalam dua perlawanan bagi merapat jurang menjadi 3-1 yang kekal sehingga waktu rehat.


Corak permainan yang sama mengundang babak kedua, walau Hougang cuba merancakkan serangan dengan penyertaan Fumiya Kogure - pemain terbaik Liga-S musim lalu - selepas sejam permainan.


Namun gol yang diharapkan Hougang tidak muncul.


Sebaliknya, Tampines berjaya menjaringkan gol keempat pada minit ke-83, menerusi Fazrul Nawaz, yang menonjol bola ke penjuru kiri gawang Khairulhin




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >