PERLAHAN-LAHAN Tampines Rovers mempamerkan prestasi yang selaras dengan reputasinya sebagai kelab terbaik Singapura.
Selain menghidupkan persaingannya di pentas Piala AFC, anak didik Salim Moin juga mempunyai rekod cemerlang lima kemenangan daripada lima perlawanan Liga-S sejauh ini.