Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SETULUS KATA

Tanggungjawab peminat tentukan Liga-S berjaya

Feb 21, 2016 | 08:19 PM



PEMINAT bola sepak setempat kini tiada alasan tidak menyokong Liga-S.


Buat pertama kali sejak 2012, kebanyakan pemain terbaik negara ini telah kembali beraksi bagi kelab setempat selepas LionsXII dibubarkan.


Liga-S kini juga boleh berbangga dengan bintang profil tinggi pertama, bekas bintang Liverpool dan Arsenal, Jermaine Pennant, yang telah menjadi tarikan utama dan memikat ribuan peminat menyaksikan Tampines Rovers beraksi dalam perlawanan pramusim.


Mutu permainan yang selama ini dianggap 'berkurangan' dan sering menjadi bahan gurauan telah meningkat.


'Drama' enam gol dan dua kad merah yang disajikan di Stadium Jurong West oleh Tampines dan Geylang International minggu lalu menjadi bukti awal.


Tiga kad merah dilayangkan di pusingan pertama minggu lalu. Salah seorang penerimanya ialah kapten Tampines, Noh Rahman, 35 tahun, antara segelintir pemain mapan yang masih beraksi selepas beliau menerima dua kad kuning kerana mengasari pemain lawan.


Siapa kata passion atau keghairahan pemain mahu berjuang telah hilang?


Memang, Liga-S Great Eastern Yeo's yang kini mencecah usia 21 tahun sejak 'kelahirannya' pada 1996 terus bergelut demi mencapai tahap keghairahan yang sama.


Lebih 10,000 penonton menyaksikan Geylang menewaskan SAFFC (kini Warriors) bagi menjulang kejuaraan pertama di Stadium Negara.


Mungkin peminat bola sepak pada ketika itu tidak mempunyai banyak wadah lain untuk menikmati bola sepak, selain membaca akhbar dan menyaksikan rumusan aksi bola sepak England, Road to Wembley, di televisyen.


Lantaran itu, Liga-S menjadi tumpuan keluarga dan orang muda pada hujung minggu.


Dengan membeli tiket berharga beberapa dolar, anda boleh menyaksikan bintang kesayangan seperti Fandi Ahmad dan Malek Awab beraksi di stadium di kejiranan anda.


Masa telah banyak berubah kini.


Kini, peminat bola sepak boleh menyaksikan aksi Lionel Messi dan Neymar secara langsung dari kamar tidur, menerusi alat mudah alih.


Tidak salah menyokong Barcelona atau kelab lain yang terletak beribu kilometer dari Kota Singa ini. Tidak salah juga membeli jersi kelab asing berharga ratusan dolar.


Namun, seorang peminat bola sepak sebenar akan turut memberi sokongan kepada kelab setempat.


Dengan membayar kurang $50, anda boleh membeli pas semusim bagi menyaksikan kelab kesayangan anda beraksi di stadium sendiri. Dapat kemeja-T sekali. Boleh berteriak sesuka hati demi menghilangkan stres.


Buat pertama kali sejak entah berapa lama, Liga-S yang sekian lama dibelenggu kemunduran kini bermula dengan suasana positif.


Adalah tanggungjawab anda sebagai penyokong bola sepak memastikan keghairahan ini berkekalan, bukan sahaja bagi musim ini, malah jauh ke masa depan.


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >