LONDON: 'Ujian' Manchester United hidup tanpa Liga Juara-Juara tidak begitu menjejas keuntungan mereka, meskipun ia amat menyakitkan, kata pengarah urusan kelab itu, Richard Arnold, kelmarin.
United, yang mencatat kedudukan terburuk dalam Liga Perdana musim lalu, tidak layak menyertai pertandingan kelab elit Eropah musim ini yang meningkatkan lagi bidasan terhadap keluarga Glazer yang membeli kelab itu 10 tahun lalu.