TEAM Singapore tidak akan keseorangan lagi apabila bertanding dalam mana-mana temasya bermula dengan Sukan SEA Jun ini selagi individu seperti Hanaffia Hamzah, Darajit Daud dan 17,000 warga serta penduduk setempat lain sentiasa berada di samping mereka sebagai pasukan sukarelawan Team Nila.
Team Nila adalah jenama yang diberi kepada pasukan sukarelawan yang akan membantu melicinkan perjalanan Sukan SEA Singapura kali ini.