LALUAN dan saingan yang bakal dihadapi bukan mudah namun Team Singapore sudah bersedia mengharungi cabaran dalam Sukan Asia Ke-17 di Incheon, Korea Selatan.
Demikian dinyatakan chef-de-mission kontinjen Singapura, Jessie Phua, dalam majlis mengalu-alukan kedatangan atlit dari enam negara - Singapura, Yaman, Korea Selatan, China dan Thailand - pagi semalam.