Team S'pore menang pingat kedua Sukan Para Asia

GANDINGAN berdua Anuar Saaid dan Kalvin Tay memenangi pingat kedua Team Singapore, juga gangsa, dalam acara bowling Sukan Para Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, pagi tadi.

Anuar, 53 tahun, dan Tay, 41 tahun, menduduki tempat ketiga dalam acara berdua lelaki (TPB8+TPB8) dengan membuat sebanyak 1,582 jatuhan pin.

Gandingan dari tuan rumah Korea Selatan meraih pingat emas, manakala pasangan dari Malaysia menang perak.

"Saya berasa amat terkejut dan bergembira. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong dan jurulatih kami selain bos saya serta rakan-rakan kami atas bimbingan dan sokongan bagi membolehkan kami memenangi pingat gangsa ini," kata Anuar.

"Kami berasa tegang sebelum permainan dimulakan tetapi penyokong kami menggesa kami supaya bertenang dan menikmati permainan. Jadi kami mula relaks dan memberikan yang terbaik."

Team Singapore memenangi pingat pertamanya menerusi perenang Theresa Goh dalam acara 100 meter kuak dada pada hari pertama pertandingan.

Goh menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di belakang perenang Taiwan dan Jepun dengan masa 2 minit 16.19 saat.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 65
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.