BERBEKAL teknik lontaran baru, presiden Sports Boules Singapura (SBS), Anthony Ho, meluahkan harapan agar pasukan petanque nasional mencapai keputusan terbaiknya di Sukan SEA Jun ini.
Ia menyasarkan sekurang-kurangnya empat pingat daripada 10 acara yang dipertandingkan, termasuk pingat emas daripada acara perseorangan lelaki menerusi Cheng Zhi Ming, juara Asia 2010.