Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KONGRES MAJLIS FAS

'Tempoh 200 hari FAS beri tumpuan pertingkat pentadbiran'

Nov 18, 2017 | 05:30 AM



'PASUKAN LKT' yang diketuai peguam, Lim Kia Tong, yang memenangi majlis undian bersejarah Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada April lalu sudah pun menghabiskan sekitar 200 hari mengendalikan badan pentadbir sukan itu di sini.



Tetapi seperti pengakuan naib presiden FAS, Edwin Tong, "tempoh 200 hari itu rasanya seperti 400 hari" dengan "kekerapan mesyuarat dan sesi perbincangan yang diadakan anggota majlis baru FAS itu melebihi keseluruhan pertemuan yang diadakan majlis yang lalu".



Diminta menilai pencapaian pucuk kepimpinan baru itu menerajui FAS sepanjang lebih enam bulan setengah ini, Edwin, yang bercakap di sidang akhbar selepas Kongres Tahunan Majlis FAS yang julung-julung kalinya diadakan kelmarin, berkata:



"Kami sibuk sekali... aktif dan gigih sekali (bermesyuarat dan berbincang) dan ini sesuatu yang saya fikir akan disetujui oleh rakan-rakan lain dalam majlis ini.



"Keutamaan kami ialah menyenaraikan perkara utama dan dalam hal ini, tumpuan kami ialah mempertingkatkan tatacara pentadbiran... sebahagian besarnya disebabkan apa yang berlaku sebelum undian (FAS yang lalu) serta isu mengenai kewangan yang serius.



"Kami kemudian mengalihkan perhatian pada Liga-S dan pembangunan belia... itulah keutamaan yang diberikan sejak 200 hari yang lalu.



"Kami agak selesa dengan apa yang dijalankan sejauh ini... sekalipun masih banyak yang perlu dilakukan dan perjalanan ini masih jauh tetapi saya fikir kami telah mencatatkan permulaan yang agak memuaskan."



Langkah seterusnya bagi menyemarakkan bola sepak negara akan tertumpu ke atas usaha merombak program pembangunan belia dengan tumpuan lebih besar akan diberikan di peringkat akar umbi dan sekolah-sekolah - antara tiga teras utama yang dibentangkan di Kongres FAS kelmarin.



Tiga teras itu ialah memperluas rangkaian pemain muda, termasuk menggalak penyertaan pemain pelbagai kaum, mempertingkat lagi mutu jurulatih dan menyediakan peluang bagi pemain-pemain beraksi secara lebih kerap - segalanya bertujuan meningkatkan jumlah pemain di peringkat sekolah daripada 3,000 pemain hari ini kepada 13,000 pemain bagi lima tahun mendatang.



Elemen pemain muda ini akan diterapkan juga dalam Liga-S dengan setiap pasukan perlu mendaftarkan sekurang-kurangnya enam pemain berusia bawah 23 tahun - tiga daripada mereka diserta dalam kesebelasan utama dalam setiap perlawanan.



Dengan tahap bola sepak kini berada di takuk mengecewakan - daripada skuad nasional kepada pelbagai pasukan peringkat umur yang bertanding di peringkat serantau, timbalan presiden FAS, Bernard Tan, menegaskan segala inisiatif yang dirancangkan itu memerlukan sedikit masa sebelum menunjukkan hasilnya.



"Saya sedar jangkaan tinggi bahawa hasilnya dapat dicapai dengan segera tetapi kami perlu realistik," ujar Tan pula.



"Kami kini berhadapan dengan perubahan struktur ke atas bagaimana bola sepak dimainkan di sini, jadi kami perlu turut melakukan perubahan struktur bagi membantu kami mencapai tahap lebih tinggi... segalanya memerlukan masa.



"Yang paling memuaskan sejauh ini ialah kami kini mempunyai struktur yang jelas dengan setiap elemen di dalamnya memainkan peranan yang sama penting bagi membawa bola sepak Singapura ke arah yang betul," tambah Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >