Tenis: Djokovic menang Terbuka Perancis, juarai semua empat Grand Slam pada masa sama

PARIS: Novak Djokovic menyertai pemain tenis ulung dunia pada Ahad (5 Jun) apabila beliau menewaskan pilihan kedua dari British, Andy Murray, 3-6 6-1 6-2 6-4, untuk memenangi gelaran Terbuka Perancis sulungnya dan menjuarai semua empat mahkota Grand Slam pada masa yang sama.

Pemain nombor satu itu bangkit daripada kekalahan pada permainan pertama untuk berkuasa di gelanggang Philippe Chatrier dan merangkul gelajan Grand Slam ke-12-nya selepas tiga kegagalan sebelum ini dalam final kejohanan Roland Garros itu.

Djokovic menjadi hanya pemain lelaki ketiga selepas Don Budge dan Rod Laver untuk menjuarai empat kejuaraan utama pada masa yang sama, dan yang kedelapan memenangan Terbuka Wimbledon dan Perancis, Amerika Syarikat dan Australia.

"Ia saat sangat istimewa, mungkin saat terbesar dalam kerjaya saya," kata pemain berusia 29 tahun dari Serbia itu, yang kini mempunyai rekod 5-2 menang kalah terhadap Murray dalam final Grand Slam. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 65
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.