Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tenis: Juara remaja Terbuka Australia 2016 dituduh tetapkan keputusan perlawanan

Jan 06, 2017 | 02:56 PM



MELBOURNE: Seorang remaja Australia yang merupakan antara bakat muda paling cerah dalam tenis, Oliver Anderson, didakwa polis terlibat menetapkan keputusan perlawanan, lapor media tempatan pada Khamis (5 Jan).



Polis di Victoria berkata dalam satu kenyataan bahawa seorang lelaki Queensland berusia 18 tahun, yang tidak dinamakan, telah didakwa.



Media Australia mengenal pasti orangnya sebagai Anderson dan memetik kenyataan keluarganya yang berkata remaja dari Brisbane itu bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa.



Anderson, pemenang kejuaraan Remaja Terbuka Australia tahun lalu (2016), didakwa menetapkan keputusan perlawanan di kejohanan Cabaran Traralgon di Victoria Oktober lalu.



Berita itu datang di ambang Grand Slam pertama musim ini, iaitu Terbuka Australia, di mana Anderson mencapai kejayaan besar 12 bulan lalu dengan menjulang mahkota junior kenjuaraan tersebut.



Media tempatan melaporkan tuduhan itu berkaitan perlawanan pusingan pertama Cabaran Traralgon, sebuah acara peringkat rendah dalam Jelajah ATP, apabila Anderson didakwa diminta sengaja kalah dalam set pertama kepada seorang lain pemain Australia, Harrison Lombe.



Anderson tewas set pertama 4-6 sebelum menang dua set seterusnya 6-0, 6-2. Beliau kemudian tewas dalam perlawanan pusingan kedua.



Hari-hari pembukaan Terbuka Australia tahun lalu dibayangi satu laporan oleh BBC dan dalam talian BuzzFeed News bahawa 16 pemain yang pernah menduduki tempat 50 teratas dunia berulang kali dilaporkan kepada Unit Integriti Tenis (TIU) atas syak wasangka mereka menetapkan keputusan perlawanan dalam dekad lalu. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >