Tenis: Muguruza tewaskan Williams untuk juarai Terbuka Perancis

PARIS: Garbine Muguruza memenangi gelaran Grand Slam pertamanya di Terbuka Perancis Sabtu lalu (4 Jun), menewaskan pilihan utama dan juara bertahan, Serena Williams, pada perlawanan akhir.

Pemain Sepanyol kelahiran Venezuela berumur 22 tahun itu, yang 12 tahun lebih muda daripada Williams, menang 7-5, 6-4 dalam final pertamanya di gelanggang tanah liat

Beliau wanita Sepanyol pertama memenangi gelaran Grand Slam sejak Arantxa Sanchez-Vicario berjaya di Paris pada 1998 dan pemain ketiga berturut-turut memenangi gelaran Grand Slam buat kali pertama, selepas Flavia Pennetta di Terbuka Amerika tahun lalu dan Angelique Kerber pada Terbuka Australia tahun ini.

"Saya sangat teruja bermain perlawanan akhir Grand Slam menentang salah seorang pemain terbaik yang pernah bermain. Ia perlawanan akhir sempurna dan saya amat gembira," katanya.

Bagi Williams, ia kekalahan kedua berturut-turut beliau dalam perlawanan akhir Grand Slam dan ia sekali lagi menghalang beliau memenangi gelaran Grand Slam ke-22 untuk menyamai rekod Steffi Graf dalam era terbuka sejak 1968.

Pemain dari Amerika Syarikat itu kini akan memberi tumpuan pada Wimbledon, di mana beliau juara bertahan dan bekas pemenang enam kali kejuaraan itu. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 19
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.