Tenis Terbuka Australia: Williams kalahkan Sharapova, mara ke separuh akhir

MELBOURNE: Juara bertahan Serena Williams menewaskan pilihan kelima Maria Sharapova 6-4, 6-1 dan mara ke separuh akhir Terbuka Australia pada Selasa (26 Jan).

Ia kemenangan ke-18 berturut-turut beliau ke atas pemain Russia itu.

Sharapova melancarkan cabaran sengit dalam set pembukaan tetapi layu dalam set kedua untuk melanjutkan rekod kalahnya kepada Williams sejak 2004.

Pemain Amerika Syarikat berusia 34 tahun itu, yang dua kali menjalani rawatan semasa waktu rehat, telah mencapai separuh akhir di Melbourne Park enam kali sebelum ini dan memenangi gelaran itu setiap kali.

Williams, yang sedang mencari gelaran Grand Slam perseorangan ke-22, mempunyai rekod 8-0 terhadap lawannya dalam separuh akhir, Agnieszka Radwanska.

Radwanska mara ke separuh akhir dengan kemenangan 6-1 6-3 ke atas pilihan ke-10 Carla Suarez Navarro. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 46
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.