Tenis Terbuka AS: Serena Williams kalah mengejut kepada Karolina Pliskova

NEW YORK: Usaha Serena Williams untuk memecahkan rekod era profesional gelaran grand slam tenis terhambat pada Khamis (8 Sep) apabila beliau kalah 6-2, 7-6 (5) kepada pemain pilihan ke-10 Karolina Pliskova dalam separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat.

Ini kali kedua berturut-turut Williams, pilihan pertama yang menyamai rekod 22 gelaran grand slam Steffi Graf, tewas dalam separuh akhir di Flushing Meadows ketika berusaha mengatasi rekod itu.

Williams mara ke separuh akhir tahun lepas sebagai juara bertahan tiga kali dan hanya memerlukan dua kemenangan untuk mencapai kemenangan empat grand salam dalam satu tahun yang sama, yang jarang berlaku, tetapi dikecewakan oleh Roberta Vinci.

Dengan kekalahan terbaru itu, apbila rangking baru dunia dikeluarkan pada Isnin (12 Sep), pemain berusia 34 tahun itu akan kehilangan tempatnya sebagai pemain nombor satu dunia kepada Angelique Kerber.

Kerber telah mara ke final selepas mengalahkan Caroline Wozniacki 6-4 6-3. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 64
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.