'Terima kasih isteri saya dan temanita saya... oopsss'

JOHANNESBURG: Dek terlalu gembira selepas menjaringkan dua gol dalam satu perlawanan utama liga, seorang pemain bola sepak Ghana berpangkalan di Afrika Selatan, Mohammed Anas, mengucapkan terima kasih kepada isterinya - dan temanitanya.

Gol Anas bagi pasukan Free State Stars dalam perlawanan menentang Ajax Cape Town yang berkesudahan dengan seri hujung minggu lalu membuat beliau memenangi anugerah pemain terbaik yang diberi penaja liga.

Pemain itu mendapat hadiah sebuah trofi dan wang tunai serta interviu tepi padang selepas perlawanan.

Namun, Anas tersasul semasa interviu itu dan rahsianya terbongkar hingga menjadi viral.

"Saya menghargai peminat saya," kata Anas, "dan isteri saya dan temanita saya."

Setelah menyedari beliau telah menjaringkan 'gol sendiri' yang boleh membawa padah, Anas dengan cepat menambah: "Saya minta maaf, isteri saya, saya sayang awak dari lubuk hati saya..."

Anas kemudian dipersenda ramai.

"Dua gol, dua wanita. Mohammed Anas," tweet Given Zondi.

"Mohammed Anas menjaringkan dua gol dan satu gol sendiri," kata Papago Rapz. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
3 HR PSI: 21
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,327.830 +17.030