Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Thai bukti reputasi sebagai raja bola sepak Asean dengan kalahkan Singa 2-0

Mar 26, 2015 | 10:45 PM



IA peluang menebus segala kekecewaan yang dialami semasa diaibkan di kejohanan Piala AFF Suzuki tahun lalu.


Namun, skuad bola sepak nasional Singapura memulakan musim baru ini sebagaimana ia menamatkan saingan tahun lalu - dengan kekalahan.


Anak didik Bernd Stange, yang diperkuatkan kehadiran bintang Melbourne City FC, Safuwan Baharudin, gagal menandingi Thailand apabila tewas 0-2 dalam satu perlawanan persabahatan antarabangsa pertamanya tahun ini - sebahagian daripada sambutan ke-50 tahun hubungan diplomatik antara kededua negara - yang berlangsung di Korat sebentar tadi (26 Mac).


Selepas menangkis segala asakan dan serangan Thai untuk hampir 85 minit permainan, gawang Singa yang dikawal Izwan Mahbud akhirnya dibolosi dua gol lewat pasukan tuan rumah, pertama melalui Suttinun Phukhom pada minit ke-86 sebelum Pokkhao Anan menjamin kemenangan pasukannya pada minit-minit terakhir permainan.


Kemenangan itu sekali gus mengesahkan reputasi Thailand sebagai raja bola sepak Asean menyusuli kejayaan anak didik Kiatisuk 'Zico' Senamuang menjulang mahkota Piala AFF Suzuki buat kali keempat tahun lalu - yang turut melihat pasukannya menewaskan Singapura 2-1 di peringkat kumpulan.


Perlawanan tadi turut melihat para pemain kededua pasukan memakai gegelang lengan hitam dan bertafakur selama seminit sebelum wisel mula sebagai tanda hormat di atas pemergian mantan Perdana Menteri Pengasas Singapura, Encik Lee Kuan Yew, yang meninggal dunia awal pagi Isnin lalu.


Pasukan Singa pimpinan Stange mempunyai satu lagi perlawanan ujian dalam persiapan menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2018 yang bermula Jun ini dengan pertarungan menentang Guam di padang sendiri di Stadium Jalan Besar pada 31 Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >