Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Thailand ditabal 'raja' bola sepak Asean, julang mahkota Piala AFF Suzuki buat kali keempat

Dec 20, 2014 | 10:49 PM



Thailand membuktikan reputasinya sebagai 'raja' bola sepak serantau ini apabila menjulang mahkota Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Suzuki sekalipun tewas 2-3 dalam final kedua menentang Malaysia di Stadium Bukit Jalil yang baru berakhir tadi (20 Disember 2014).


Dengan kelebihan dua gol daripada kemenangan dalam final pertama di Bangkok Rabu lalu, skuad muda Thai pimpinan Kiatisuk 'Zico' Senamuang berjuang hebat untuk bangkit selepas ketinggalan tiga gol dan menyumbatkan dua gol lewat bagi mencatatkan kemenangan agregat 4-3.


Tuan rumah Malaysia pimpinan Dollah Salleh memanfaatkan kelebihan sokongan penyokong sendiri - yang termasuk Perdana Menterinya, Datuk Seri Najib Tun Razak - untuk meluru tiga gol di hadapan, sekali gus membayangkan harapan mengulangi 'keajaiban' yang dicatatkannya ke atas Vietnam di peringkat separuh akhir.


Malaysia membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh melalui penalti Safiq Rahim, sebelum Indra Putra melebarkan kedudukan dalam masa tambahan separuh masa pertama.


Safiq sekali lagi tampil dengan gol ketiga pasukan tuan rumah tetapi harapan Malaysia menjulang trofi kejuaraan buat kali kedua dalam sejarahnya berkecai apabila Thailand bangkit untuk menyumbatkan dua gol dalam 10 minit terakhir permainan - melalui Charyl Chappuis pada minit ke-82 dan Chanathip Songkrasin pada minit ke-87.


Sekalipun menamatkan final kedua itu dengan kekalahan 2-3, kemenangan di Bangkok membolehkan Thailand menjulang trofi kejuaraan Piala AFF Suzuki buat kali keempat - menyamai pencapaian Singapura sebagai juara empat kali pertandingan ini.


Skuad Singa, yang tampil sebagai juara bertahan selepas menjuarai kejohanan 2012, gagal meloloskan diri daripada peringkat kumpulan kejohanan kali ini yang dianjurkannya secara bersama dengan Vietnam.


Kejayaan ini tentunya lebih manis bagi Kiatisuk yang muncul sebagai orang pertama menjulang mahkota Piala AFF Suzuki sebagai pemain (1996, 2000 dan 2002) dan sebagai jurulatih (2014).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >