MOSCOW: Tiada sebarang ancaman bahawa Russia akan kehilangan hak menganjurkan Piala Dunia akibat pertukaran presiden Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) atau siasatan Biro Siasatan Federal (FBI) terhadap dakwaan rasuah dalam badan induk bola sepak dunia itu, kata Menteri Sukan Russia, Vitaly Mutko, kelmarin.
Tetapi Mutko, seorang anggota jawatankuasa eksekutif Fifa, berkata satu perubahan besar perlu dilakukan di "sebuah pertubuhan bertaraf dunia" yang "perlu memenangi semula kepercayaan peminat".