PIALA DUNIA 2014

Tiada pakatan, Jerman menang, Ronaldo dan Portugal terkeluar

JERMAN membuktikan bahawa persahabatan antara jurulatihnya, Joachim Loew, dengan Jurgen Klinsmann tidak membawa erti apabila mereka mengatasi Amerika Syarikat 1-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan G dinihari tadi.

Dunia turut menyaksikan Portugal dan Pemain Terbaik Dunia, Cristiano Ronaldo, tersingkir daripada persaingan ke peringkat kalah mati.

Dengan gol tunggal kemenangan mereka dijaringkan Thomas Mueller pada minit ke-55, Jerman mara selaku juara kumpulan untuk berdepan Algeria, naib juara Kumpulan H, dan Amerika, naib juara Kumpulan G, bertemu Belgium, juara Kumpulan H.

Ini bermakna kemenangan 2-1 Portugal ke atas Ghana, yang menyaksikan penyerang Real Madrid Ronaldo menjaringkan gol tunggalnya dalam Piala Dunia Brazil, tidak membawa sebarang erti.

Belgium mengesahkan kedudukannya sebagai juara kumpulan selepas mengatasi Korea Selatan 1-0 dan Algeria mencatat sejarah mara ke pusingan kalah mati meskipun setakat seri 1-1 dengan Russia.

 

Ikuti sedutan perlawanan berikut:

Jerman lawan Amerika Syarikat (1-0)

Belgium lawan Korea Selatan (1-0)

Algeria lawan Russia (1-1)

Portugal lawan Ghana (2-1)

 

 

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 22
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.