PASA usia 25 tahun, mungkin agak lewat bagi seseorang itu mula berkecimpung dalam sukan lebih-lebih lagi sukan lasak seperti gusti yang memerlukan ketangkasan, kelincahan dan kekuatan luar biasa.
Namun, ia tidak menjadi penghalang bagi Muhamad Hidayat Haron berjinak dengan sukan gusti. Sejak itu, beliau yang pada awalnya mula ke gimnasium untuk menguruskan badan, langsung tidak menoleh ke belakang.