Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

ATLET TUMPUAN DI SUKAN SEA

Tidak sesia Aryan tolak judo pilih gusti

Edisi Sukan SEA ke-32 di Kemboja melabuhkan tirainya pada Rabu. BERITA HARIAN menyingkap bakat-bakat muda yang berjaya mengharumkan nama negara.
May 22, 2023 | 05:30 AM



BAGI Aryan Azman, sukan gusti adalah wadah untuk mengelakkan diri daripada terjebak dalam kegiatan yang tidak bermanfaat.



Ini setelah atlet sukan gusti Singapura berusia 18 tahun itu pernah bergaul bersama rakan-rakan dengan pengaruh yang kurang baik.



Beliau menjelaskan: "(Sukan gusti) adalah sesuatu yang mengubah diri saya, di samping dorongan ibu saya yang mempengaruhi diri saya untuk terus melibatkan diri dalam sukan.



"Dari sinilah saya menemui wadah untuk hindari daripada (terjebak dalam) hal sedemikian."



Beliau baru-baru ini merangkul pingat perak bagi acara Greco Roman lelaki 82 kilogram dalam penampilan sulungnya di Sukan SEA Kemboja.



Dalam perlawanan akhir menentang pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2021, Jason Casinto Balabal dari Filipina, beliau tewas dengan kiraan mata 0-8.



Sungguhpun demikian, Aryan berkata beliau tetap berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan, memandangkan beliau baru saja mula berkecimpung dalam sukan gusti sepanjang setahun - beliau beralih kepada sukan gusti daripada seni pertahan diri judo pada 2022.



"Saya rasa saya telah berusaha gigih dan berikan yang terbaik. Saya merupakan antara muka baru dalam sukan gusti jadi pingat perak ini adalah pencapaian besar," tambahnya.



Malah ketua jurulatih gusti skuad kebangsaan, Gabriel Huang, turut menyifatkan prestasi beliau melebihi jangkaan.



Tambahan juga, beliau atlet termuda dalam skuad gusti Singapura di temasya sukan itu.



Menurut Aryan beliau beralih daripada judo kerana suasana gusti "lebih menarik" dan ia sangat berbeza daripada gusti.



"Sebaik saja saya mula bergusti, saya sasarkan matlamat untuk terus-menerus sehinggalah ke detik penamat.



"Saya tidak mahu berhenti apabila mencapai satu kejayaan, saya teruskan melakar pencapaian seterusnya," jelasnya.



Namun demikian, beliau akur bahawa ia sememangnya mencabar untuk mengimbangi gusti dan persekolahan.



Beliau sebelum ini merupakan pelajar Politeknik Republic (RP) tetapi disebabkan waktu terhad untuk berlatih dan atas nasihat jurulatihnya, beliau berpindah ke Sekolah Sukan Singapura dan kini menjalani program Diploma Perniagaan.



Pelajar tahun kedua itu menjelaskan: "Di samping peralihan sukan (daripada judo kepada gusti), salah satu perkara yang paling menjejas diri saya adalah persekolahan… dan ia sebenarnya banyak menjejas saya secara mental.



"Saya meredah halangan tersebut berkat sokongan keluarga, jurulatih dan Persatuan Gusti Singapura (SWF), jadi mereka banyak membantu saya pada tahun lalu."



Khususnya, beliau menyifatkan ibunya sebagai tunggak sokongan utama kerana ibunya adalah tempat beliau meluahkan perasaan.



Dalam pada itu, setelah pencapaian di peringkat Sukan SEA, beliau sudahpun membuat perancangan untuk bertanding di peringkat Asia.



Beliau berkata: "Saya telah bercakap dengan jurulatih saya tentang Kejuaraan Asia bagi peringkat usia bawah 20 tahun.



"Jika semua berjalan lancar, saya akan menyertainya Julai ini. Saya rasa saya dapat mengalu-alukan penyertaan dalam beberapa pertandingan (tahun ini)."



Dengan nada yang optimis, beliau turut menjelaskan bahawa adalah impiannya untuk membuat gusti salah satu sukan utama di Singapura dan memandang tinggi jaguh renang Singapura Joseph Schooling kerana telah meletakkan renang di mata dunia.



Beliau berkata: "Saya berharap untuk (satu hari nanti) menjadi individu yang lakukan hal sedemikian untuk sukan gusti."




"Sebaik saja saya mula bergusti, saya sasarkan matlamat untuk terus-menerus sehinggalah ke detik penamat.
Saya tidak mahu berhenti apabila mencapai satu kejayaan, saya teruskan melakar pencapaian seterusnya."
- Aryan Azman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >