Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tiga anak Fandi kini bersama Home United

Jan 25, 2016 | 08:27 PM



ILHAN Fandi, anak lelaki ketiga Fandi Ahmad, telah menyertai Akademi Belia Bola Sepak Home United (HYFA), menyertai dua abangnya Ikhsan dan Irfan di kelab itu.


Ilhan, 13 tahun bakal menjalani latihan dengan pemain bola sepak seusia di HYFA yang berpangkalan di Mattar Road.


Ikhsan, 16 tahun bakal mewakili Home dalam Liga Prime sementara Irfan, 18 tahun akan menyarung jersi kelab bergelar The Protectors itu dalam Liga S.


Mengulas tentang perkembangan ini, Ketua Eksekutif Home United Azrulnizam Shah Sohami berkata pihaknya gembira HUFC diihat sebagai pelantaran sesuai bagi Ilhan dan budak lelaki berbakat lain yang ingin membangun diri sendiri ke haluan kerjaya profesional.


"Seperti setiap pemain lain dalam sistem kami, kami berharap Ilhan akan terus bekerja keras dan mencapai impian menjadi pemain profesional dalam jersi kelab ini pada satu hari nanti.


"Kelab ini komited dalam usaha membentuknya mencapai impian ini dan kami berharap dapat menyaksikan beliau menyarung jersi kelab kami (dalam Liga S) di masa hadapan."


Seperti abangnya Irfan, Ilhan, pelajar menengah satu di Anglo Chinese Independent School, ialah seorang penyerang dan dianggap berpotensi menjadi pemain nasional di masa depan.


Beliau menjaringkan lebih 20 gol semasa mewakil Akademi F-17 di Piala Gothia pada 2014 dan 2015.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >