Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tiga atlit bersalah keluar tanpa izin semasa Sukan Asia Incheon

Oct 29, 2014 | 08:38 PM



SATU Panel Siasatan Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) mendapati tiga atlit Team Singapore - Joseph Schooling, Teo Zhen Ren dan Roanne Ho - bersalah melanggar Kod Tatatertib bagi Atlit dan Pegawai dalam Sukan Utama apabila mereka meninggalkan Perkampungan Sukan Atlit tanpa izin semasa Sukan Asia Incheon 2014 pada 27 September lalu.


Hasil siasatan tersebut, ketiga-tiga atlit berkenaan akan diberi surat amaran atas tindakan mereka.


Panel siasatan itu, yang mengadakan satu mesyuarat bagi menyiasat perkara tersebut pada 24 Oktober lalu, turut mengusulkan supaya menjadi satu kemestian bagi semua pengurus pasukan mengingatkan atlit mereka supaya mematuhi kod tatatertib pada setiap masa semasa menyertai semua temasya sukan pada masa depan.


Sebagai langkah susulan, Suruhanjaya Atlit SNOC akan menyertai mesyuarat pengurus pasukan pada masa depan untuk berkongsi pengalaman dan menitikberatkan peri pentingnya kod itu dan peraturan lain dipatuhi.


Panel Siasatan SNOC itu terdiri daripada Jeffrey Beh selaku pengerusi; Yip Ren Kai, wakil Suruhanjaya Atlit SNOC; Dr Lim Yii Hong, Ketua Pegawai Perubatan Team Singapore dalam Sukan Asia 2014; dan Jessie Phua, selaku Chef de Mission Team Singapore dalam temasya tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >