Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tiga lagi lelaki dituduh di mahkamah kerana mencuri minyak di Pulau Bukom

Jan 13, 2018 | 02:00 PM



Tiga lagi lelaki, pada 13 Januari, dituduh mencuri bahan api di loji penapisan Shell di Pulau Bukom



Dua yang tertuduh ialah warga  Singapura - Ng Hock Teck, 54 tahun dan Alan Tan Cheng Chuan, 45 tahun - yang didakwa menerima secara tidak jujur 300 tan minyak gas atau gasoil, yang bernilai $160,000 pada 11 November 2017.



Dokumen mahkamah menyatakan pasangan itu difahami melakukan perbuatan itu di dermaga empat di Pulau Bukom sekitar 5.20 pagi pada hari itu.



Lelaki ketiga, warga Vietnam bernama Doan Xuan Than, 45 tahun menghadapi satu tuduhan menerima 1,348.8 tan minyak gas yang dicuri bernilai lebih $736,400 pada 31 Disember tahun lalu.



Dalam kededua insiden itu, bahan api yang dicuri dialihkan ke dua kapal - Sentek 26 yang berdaftar di Singapura dan MT Gaea yang berdaftar di Panama.



Tiga lelaki ini dijangka menghadap mahkamah sekali lagi pada 18 Januari.



Dalam insiden sebelum ini, sekumpulan 17 lelaki ditangkap dalam serbuan serata pulau pada 7 Januari.



Sejumlah 11 daripada lelaki ini - sembilan warga Singapura dan dua warga Vietnam - dituduh di mahkamah pada 9 Januari berhubungan penglibatan mereka dalam tiga lagi kes mencuri bahan api.



 Pihak berkuasa telah merampas $3.05 juta tunai dan satu kapal tangki 12,000 tan dalam serbuan di loji penapisan itu.



Lelaki ini dituduh mencuri sekitar 4,300 tan minyak gas bernilai $2.4 juta antara November 2017 dengan 7 Januari tahun ini.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >