HUJAN petang menjejas persaingan hari pertama Kejohanan Golf Terbuka Singapura SMBC yang berlangsung di Sentosa Golf Club semalam dengan tiga pemain - Hideto Tanihara dari Jepun dan rakan senegara, Satoshi Kodaira, serta pemain Korea Selatan Kang Kyung Nam - berkongsi tempat di tangga teratas selepas mencatatkan enam di bawah par 65.
Permainan di padang Serapong digantung hampir dua jam setengah - bermakna kebanyakan pemain termasuk bintang Australia dan juara tiga kali di Terbuka Singapura, Adam Scott; juara bertahan kejohanan, Song Young Han; dan pemain nombor satu negara, Mardan Mamat, masih perlu beraksi apabila permainan disambung semula sekitar 6 petang semalam.